Komuniti Hartanah Percuma! Join WhatsApp Group →
Founder

Tentang Homzday

Di Homzday, kami membantu rakyat Malaysia membuat keputusan pemilikan dan pelaburan hartanah dengan lebih bermaklumat dan yakin.

Danial Anas Yap, pengasas Homzday
Kisah Saya

Bermula dengan kegagalan

Saya Danial Anas Yap — Digital Marketer, Property Investor dan Entrepreneur sepenuh masa.

Perjalanan saya dalam dunia kewangan dan hartanah bermula pada tahun 2020. Ketika itu saya banyak membaca buku, membeli ebook dan menyertai kelas online untuk memahami asas pengurusan kewangan dan strategi pelaburan hartanah.

Minat saya sebenarnya bermula daripada rasa kecewa — percubaan pertama saya untuk membeli rumah gagal. Saya tidak layak memohon pinjaman dan langsung tidak tahu langkah yang betul.

Sejak itu saya melabur dengan serius dalam ilmu, belajar daripada mentor hartanah dan mempraktikkan strategi mereka 100%. Alhamdulillah, kini saya menguruskan beberapa unit hartanah yang memberikan cashflow positif setiap bulan.

Mulai Ogos 2024, saya aktif berkongsi ilmu hartanah di media sosial kerana saya percaya lebih ramai anak muda boleh mengubah hidup melalui hartanah — dengan syarat mereka tahu cara yang betul untuk bermula.

Untuk tahun 2026, matlamat saya ialah membantu sekurang-kurangnya 120 pelabur hartanah memiliki hartanah yang menguntungkan. InshaAllah.

Misi kami

Membimbing individu membina portfolio hartanah yang kukuh, mampan dan berisiko rendah melalui perancangan kewangan yang tersusun dan strategi berasaskan data.

Sejak 2024, kami telah bekerja dengan profesional, anak muda, keluarga dan pembeli rumah pertama untuk menavigasi pasaran hartanah Malaysia yang semakin kompleks.

Danial Anas Yap bersama klien Homzday
Prinsip kami

What we stand for

1. Data-Driven Insights

Setiap cadangan disokong data pasaran sebenar — laporan NAPIC, sejarah transaksi, permintaan sewaan, harga median dan analisis kawasan di lapangan. Kami utamakan kejelasan, ketelusan dan ketepatan.

2. Personalised Financial Strategy

Setiap individu ada pendapatan, komitmen, toleransi risiko dan objektif yang berbeza. Melalui sesi 1-on-1 kami bantu anda faham kedudukan kewangan dan rancang roadmap yang jelas.

3. Risk-Managed Property Planning

Framework kami menilai nisbah harga-ke-nilai, potensi rental yield, permintaan pasaran, pembangunan masa depan dan kesesuaian untuk pelaburan atau ownstay.

4. Empowering Financial Confidence

Hartanah ialah aset strategik untuk persaraan, pendidikan anak-anak, pemeliharaan kekayaan dan kestabilan pelbagai generasi.

Komitmen kami: bimbingan yang profesional, beretika dan berasaskan bukti — satu langkah, satu rumah, satu strategi jangka panjang pada satu masa.

Sedia untuk mula?

Book sesi 1-on-1 dan dapatkan pelan hartanah peribadi anda.

Lihat Sesi 1-on-1